Akhirnya Linda Rafar Buka Mulut Mengenai Insiden Jururawat

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan.

PELAKON Linda Rafar memberitahu dia berada dalam keadaan baik walaupun memilih untuk berdiam diri berhubung kontroversi notis permohonan maaf kepada seorang jururawat yang tular di media sosial minggu lalu.

Linda berkata, dia juga berterima kasih kepada peminat yang mendoakan serta memberi ruang kepadanya untuk berfikir.

“Kepada pengikut saya, jangan bimbang, saya okey. Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold. (Lebih baik berdiam diri daripada menjadi berani).

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa, prihatin dan memahami serta memberi ruang untuk saya bernafas dan berfikir,” katanya dalam satu posting di Instagram, Isnin.

Tambah anggota kumpulan Elite ini, dia akan memberitahu semua perkembangan mengenai kes itu dari masa ke semasa.

Pada Khamis lalu, Linda Rafar diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf berhubung satu paparan skrin yang dianggap mengundang persepsi negatif ke atas seorang jururawat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Kontroversi tercetus apabila Linda meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, dirawat.

Menerusi luahan yang dimuat naik di laman sosialnya, dia mendakwa permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang pada minggu lalu.

DON mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

NAMPAKNYA episod pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat membuka lembaran baharu apabila badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh DON pada petang Sabtu, pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.

NGO tersebut mendakwa anggota kumpulan Elite itu telah memfitnah jururawat tanpa sebarang bukti kukuh.

“Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.

“Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan,” menurut kenyataan yang dipetik dari laman Facebook DON.

Jelas kenyataan tersebut, tindakan undang-undang yang bakal diambil tidak berkaitan dengan kes cadar seperti yang ditularkan oleh Linda, tetapi ia berhubung kes buli siber yang dialami oleh jururawat itu.

SUMBER:MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*